Berita Terkini
recent

Roslan Batal Sidang Media, Janji Takkan Cari Publisiti Murahan

Pengacara popular Roslan Shah membuat keputusan membatalkan pertemuannya dengan pihak media berhubung isu 'perang mulut' antara dia dengan selebriti popular, Ifa Raziah yang tercetus sejak beberapa minggu lalu.



Menerusi satu kenyataan, Roslan berkata pada awalnya dia merancang mengadakan sidang media pada 12 Januari ini berhubung konflik tersebut namun atas nasihat banyak pihak dia tidak akan lagi mengeluarkan sebarang komen atau maklum balas mengenai perkara itu.

Assalamualaikum semua kawan-kawan. Atas nasihat banyak pihak dan atas semangat sesama Muslim, saya tidak berhasrat memanjangkan lagi isu 'perang mulut' antara saya dan artis Ifa Raziah. Saya dengan ini membatalkan pertemuan dengan pihak media yang pada awalnya saya rancang pada Jumaat (12 Januari 2018).

Atas nasihat banyak pihak juga saya tidak akan membuat sebarang ulasan atau maklum balas berkenaan hal tersebut lagi selepas ini," katanya.

Roslan juga berazam mahu menumpukan kerjayanya sebagai penghibur dan tidak akan sesekali mencari publisiti murahan apatahlagi bergaduh dengan mana-mana artis.

"Selepas ini, saya hanya mahu memberi tumpuan kepada kerjaya sebagai penghibur, mencari rezeki dan menjaga ibu yang sakit di Singapura. Seperti sebelum sebelum ini, saya tidak sesekali mencari mencari publisiti murahan dengan bergaduh sesama rakan artis lain.

Terima kasih kepada semua kawan-kawan media dan peminat yang memberi sokongan moral dan semangat kepada saya sepanjang saya bergelar artis di Malaysia dan juga di Singapura.

Di sebalik semua cabaran dan dugaan hidup yang saya lalui, saya selalu percaya ada hikmah yang terbaik yang hanya Allah SWT sahaja yang tahu apa disebaliknya. Sekian, wassalam," tuturnya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.