Ribuan peminat Kollywood banjiri Bukit Jalil

RIBUAN peminat industri hiburan Kollywood di Malaysia membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini bagi menyaksikan Festival Natchathira Vizha 2018 yang menampilkan lebih 300 artis India Selatan termasuk pelakon tersohor Rajinikanth dan Kamal Haasan.

Program yang bermula sekitar pukul 11.00 pagi itu dimulakan dengan persembahan satu Malaysia dan diikuti dengan perlawanan selebriti kriket antara bintang filem Tamil.

Perlawanan kriket juga diselitkan dengan persembahan nyanyian dan tarian yang menghiburkan sekitar 30, 000 peminat tanah air yang hadir setakat pukul 4 petang tadi.

Meskipun ramai bintang filem Tamil popular yang diterbangkan khas dari India seperti Surya, Karthi, Vishal, Jeeva dan Sivakarthigeyan sudah menemui peminat, namun rakyat Malaysia masih dengan sabar menunggu kedatangan legenda filem Tamil ‘Superstar’ Rajinikanth dan Kamal Haasan.

Pesta hiburan anjuran Persatuan Artis India Selatan (SIAA), dengan kerjasama MyEvents International serta dengan sokongan Malaysia Major Events, anak syarikat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dijangka akan berlangsung sehingga 10 malam ini.

Selain kehadiran barisan pelakon terkenal India, acara tersebut akan turut disertai oleh enam pengarah muzik terkenal negara itu iaitu Harris Jayaraj, Anirudh Ravichandran, Srikanth Deva, GV Prakash, Tamman dan Imman serta penyanyi Karthik, Haricharan, Swetha Mohan, Ranjith, Naresh Iyer dan Chinmayee.
Ribuan peminat Kollywood banjiri Bukit Jalil Ribuan peminat Kollywood banjiri Bukit Jalil Reviewed by Kakigosip on 18:43:00 Rating: 5
Powered by Blogger.