Rayu pulangkan balik RM3,920

Seorang wanita merayu supaya pelanggannya yang beralamat di Kampung Gedong, Pulau Bahagia, Manir, di sini memulangkan kembali wang sebanyak RM3,920 yang tersilap tukar dengan USD11 ketika urus niaga di sebuah premis pengurup wang.

Siti Nur Hasanah Ahamad, 29, berkata, ketika urus niaga itu, dia menyangka pelanggannya itu ingin menukarkan sebanyak 10 keping wang USD dengan nilai USD100 setiap sekeping, malangnya hanya menyedari setiap helaian wang itu hanya USD1 selepas pelanggan itu pergi.

Menurutnya, dia berusaha menghubungi pelanggannya itu menerusi nombor telefon yang ditinggalkan, bagaimanapun gagal.

"Saya umpama sedar daripada mimpi. Selepas melayan dua pelanggan yang datang, saya baru sedar yang saya tersilap memberi wang kepada lelaki itu, namun sudah terlambat.

"Saya buntu dan mengambil keputusan meminta rakan di Terengganu untuk tularkan maklumat mengenai lelaki itu di facebook Gabungan Anak Terengganu (Gate), dengan harapan lelaki itu dapat di kesan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Siti Nurhasanah yang bekerja di Kawasan Perindustrian Pandan, Johor Bahru, berkata, kejadian berlaku jam 2.30 petang Isnin lepas, pertama kali dilaluinya sepanjang tiga bulan bekerja di situ.

"Sebelum ni memang tak pernah alami keadaan begini. Rasa takut dan bersalah semua ada. Jadi, saya harap sangat-sangat kepada sesiapa yang mengenali lelaki itu, tolong beritahu supaya pulangkan kembali wang itu.

"Sepatutnya dia hanya menerima sebanyak RM39.20 sahaja bagi penukaran wang USD11  itu," katanya.

Siti Nur Hasanah berkata dia telah membuat laporan polis di Balai Polis Larkin, malam Isnin namun tidak berniat mengaibkan mana-mana pihak sekiranya kejadian itu berlaku tanpa sengaja.

"Saya akui mungkin kejadian ni berpunca daripada kelalaian saya sendiri, tetapi saya merayu kalau dia jujur, pulangkan balik wang itu kerana agak sukar untuk saya sendiri menggantikan wang sebanyak itu.

"Majikan saya pula hanya tahu kejadian ini selepas saya mengisi borang untuk maklumkan perkara itu," katanya
Rayu pulangkan balik RM3,920 Rayu pulangkan balik RM3,920 Reviewed by Kakigosip on 14:08:00 Rating: 5
Powered by Blogger.