Rasa 'Diperkosa' Selepas Baca Surat Peminat

Seorang demi seorang bintang Hollywood membuka rahsia peribadi mereka dengan pengakuan pernah menjadi mangsa gangguan seksual.

Terbaru, Natalie Portman pula membuat pendedahan tersebut ketika berucap acara Women's March di Los Angeles, pada Sabtu lalu.

Menurut aktres berusia 36 tahun dia mengalami gangguan seksual ketika berusia 13 tahun. selepas selesai menjalani penggambaran filem sulungnya, Leon: The Professional.

"Saya membuka surat peminat pertama saya, dan saya mendapati fantasi pemerkosaan yang telah ditulis oleh seorang lelaki kepada saya.

"Ketika itu saya baru berusia 13 tahun dan tak tahu bagaimana untuk mengekspresikan diri kerana berasa tidak tenang," katanya

Disebabkan itu Natalie lebih selesa tampil dengan penampilan lebih tertutup dan banyak melepaskan peluang dalam meraih karier sebagai seorang pelakon. Sejak itu, dia kerap menolak adegan seksual seperti ciuman.

"Pada usia 13 tahun itu, saya mula sedar saya perlu menutupi tubuh dan menahan ekspresi saya," tambahnya lagi.

Selain Natalie Portman, beberapa aktres seperti Scarlett Johansson dan Eva Longoria yang turt hadir dalam acara tersebut. Aksi Women's March kali ini berlangsung di beberapa bandar di Amerika (AS) seperti Los Angeles, Washington, New York, Chicago serta 250 lagi lokasi lain.

Dalam acara tersebut, ratusan ribu kaum wanita kelur dan menyertai demonstrasi menuntut pembelaan hak-hak perempuan, kesetaraan gender, hak imigrasi, hingga menyuarakan pendapat soal pimpinan pemerintah AS.
Rasa 'Diperkosa' Selepas Baca Surat Peminat Rasa 'Diperkosa' Selepas Baca Surat Peminat Reviewed by Kakigosip on 13:28:00 Rating: 5
Powered by Blogger.