Berita Terkini
recent

Rajinikanth umum sertai politik


LEGENDA filem India, Rajinikanth akhirnya mengumumkan penyertaan beliau dalam dunia politik, pada Ahad, lapor portal antarabangsa.

Pelakon berusia 67 tahun itu akan membentuk parti politiknya sendiri dan akan bertanding pada pilihan raya akan datang.

“Saya akan membentuk parti politik sendiri dan parti saya akan bertanding di semua 234 kerusi Dun dalam pilihan raya akan datang pada 2021.

“Saya tidak melakukannya kerana jawatan, wang atau kemasyhuran, saya sudah memilikinya,” katanya.

Aktor yang menyandang gelaran superstar itu turut menambah, adalah menjadi tugasnya untuk mengubah sistem di negeri Tamil Nadu itu.

"Saya akan berjuang untuk politik kerohanian tanpa kecenderungan terhadap mana-mana kasta atau agama.

"Sekiranya saya berkuasa dan tidak mampu menunaikan janji saya dalam masa tiga tahun, saya akan letak jawatan. Demokrasi di negeri ini ketika ini berada dalam kedukaan," katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.