Penyanyi Hip Hop, Bertatu Diharamkan Muncul di Kaca TV

Negara tembok besar China, telah menutup revolusi semua budaya hip-hop dan selebriti bertatu daripada muncul di kaca televisyen.

Lembaga siaran media iaitu Pentadbiran Akhbar, Penerbitan, Radio, Filem dan Televisyen China menyatakan, kandungan program televisyen tidak akan memaparkan artis dengan tatu atau budaya hip hop, sub budaya (bukan budaya umum) dan budaya yang memudaratkan.

Pengharaman ini telah banyak menganggu prestasi penyanyi rap terkemuka China seperti GAI, malah persembahan beliau didalam Youtube China Hunan TV juga telah dibuang.

Sementara itu, Reuters melaporkan, rapper PG One pula membuat permohonan maaf terbuka selepas lagu ‘Christmas Eve’ dikritik hebat kerana seakan-akan mempromosikan dadah dan menghina wanita.

Fenomena budaya hip hop di China semakin membesar dan rancangan ‘Rap of China’ mempunyai jumlah tontonan lebih dari 2.5 bilion melalui pengstriman video dari laman sesawang, IQiyi.

Malah selebriti dan penyanyi dari Barat juga diharamkan di China antaranya ialah Maroon 5, Selena Gomez, Lady Gaga dan Justin Bieber.

Penyanyi Hip Hop, Bertatu Diharamkan Muncul di Kaca TV Penyanyi Hip Hop, Bertatu Diharamkan Muncul di Kaca TV Reviewed by Kakigosip on 14:29:00 Rating: 5
Powered by Blogger.