Peminat Tumpang Bangga Lagu EXO Bergema di Dubai

Virus KPop nampak semakin menular di serata pelusuk dunia termasuklah di Dubai. Buktinya, lagu kumpulan sensasi EXO yang berjudul Power telah dipilih dan dijadikan lagu latar The Dubai Fountain, atraksi pertunjukkan air pancut terbesar di dunia yang yang berlangsung di negara itu pada 16 Januari lalu.

Sebagai penghormatan, semua anggota kumpulan di bawah naungan SM Entertainment itu diundang khas ke Dubai menyaksikan secara langsung pertunjukkan itu yang diadakan di Burj Khalifa.

Alang-alang dah datang, Baekhyun, Chen, Sehun, Chanyeol, Kai, Suho, Xiumin turut mengadakan sesi bertemu peminat. Hanya dua anggota iaitu D.O dan Lay tidak dapat meneyrtai mereka kerana terkat dengan jadual penggambaran.

Selain menjadi tumpuan para media dan para peminat, dilaporkan orang-orang kenamaan di Dubai senang dengan kunjungan kumpulan ini.

..

Selepas sesi sidang media, EXO dibawa ke pentas utama dan menjadi 'tetamu penting' menyaksikan perasmian acara pertunjukkan air pancut itu.

Sama seperti peminat yang teruja dan bangga dengan pertunjukkan itu lebih-lebih lagi sebaik saja mendengar lagu Power, EXO juga kelihatan bangga dan gembira. Termasuklah Pengarah Pelancongan Dubai, Issam Kazim juga mengambil kesempatan bergambar bersama EXO di acara tersebut.

Suasana tambah gambar apabila EXO-L (gelaran untuk peminat fanatik) bersorak kata-kata semangat umpama seperti di dalam sebuah konsert EXO sepanjang pertunjukan tersebut.

Lagu 'Power' adalah lagu K-Pop pertama yang terpilih untuk pertunjukkan air pancut yang terletak di Burj Khalifa Lake itu. Lagu lain yang pernah diputar di siti seperti 'I Will Always Love You' nyanyian mendiang Whitney Houston, 'Thriller, nyanyia mendiang Michael Jackson dan 'Skyfall' nyanyian Adele.
Peminat Tumpang Bangga Lagu EXO Bergema di Dubai Peminat Tumpang Bangga Lagu EXO Bergema di Dubai Reviewed by Kakigosip on 13:45:00 Rating: 5
Powered by Blogger.