Peminat Terkejut Wanna One Tiba di KL 4 Hari Awal

Ketika peminat muzik KPop baru saja hendak 'move on' daripada keseronokan selepas menyaksikan konsert KWave2 yang berlangsung Sabtu lalu, nampaknya rata-rata peminat kembali tidak senang duduk dan teruja apabila mengetahui kumpulan KPop sensasi masa kini Wanna One kini sudah pun tiba di negara ini kira-kira jam 2,40 petang tadi.

Lengkap dengan 11 anggota iaitu Kang Daniel, Park Ji-hoon, Lee Dae-hwi, Kim Jae-hwan, Ong Seong-wu, Park Woo-jin, Lai Kuan-lin, Yoon Ji-sung, Hwang Min-hyun, Bae Jin-young dan Ha Sung-woon, grup yang dibentuk menerusi program realiti popular Korea, Produce 101 (musim ke-2) itu tiba di Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA2) dengan penerbangan Air Asia dari Macau.

Sekumpulan peminat sudah sedia menunggu mereka di balai ketibaan sejak tengah hari tadi untuk menyambut kedatangan artis kesayangan mereka itu. Kira-kira jam 4 petang, Wanna One muncul dan peminat mengiringi mereka sehingga ke kenderaan rasmi sebuah van berwarna putih yang sudah menanti di luar lapangan terbang tersebut.

Kedatangan mereka empat hari lebih awal ini sangat mengejutkan peminat kerana kebiasaannya artis KPop akan datang sehari awal sebelum mengadakan apa-apa persembahan atau konsert di sini. Bagaimanapun ada pihak mengatakan mereka akan mengadakan penggambaran di sekitar Kuala Lumpur sementara menantikan hari persembahan mereka pada Jumaat ini.

..

Popular dengan lagu seperti Energetic, Beautiful dan Pick Me, Wanna One buat pertama kali bakal mengadakan konsert mini dan acara bertemu peminat Wanna One 1st Fan Meeting in Kuala Lumpur yang akan berlangsung di Stadium Negara pada 19 Januari ini, jam 8 malam.
Peminat Terkejut Wanna One Tiba di KL 4 Hari Awal Peminat Terkejut Wanna One Tiba di KL 4 Hari Awal Reviewed by Kakigosip on 04:47:00 Rating: 5
Powered by Blogger.