Peminat Tak Perlu Lagi Kirim Hadiah Pada BTS

Menjadi kebiasaan bagi peminat KPop sering memberikan pelbagai hadiah kepada artis pujaan mereka sama ada sempena sambutan ulang tahun atau sebagai tanda menunjukkan mereka menghargai juga memberi sokongan.



Tetapi nampaknya selepas ini Army (gelaran untuk peminat fanatik) tidak perlu lagi memberi apa-apa barang istimewa kepada kumpulan BTS (Bangtan Boys).

Menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi agensi kumpulan tersebut iaitu BigHit Entertainment, memaklumkan bahawa mereka akan menolak pemberian hadiah oleh para peminat kepada BTS selepas ini.

"Kami ada pengumuman baru tentang kiriman hadiah untuk anggota BTS.

"Setelah berbincang dalam waktu yang panjang bersama anggota BTS mengenai hadiah yang kamu semua berikan dengan sepenuh hati, kami memutuskan untuk tidak lagi menerima hadiah (support dan delivery service) kecuali surat."

"Hanya hadiah yang sampai sebelum 30 Mac 2018, hari Jumaat, jam 6 petang yang akan dikirimkan kepada artis kami. Selepas 30 Mac, hanya surat saja yang akan disampaikan kepada artis kami."

"Hadiah yang diterima selepas 30 Ma tidak akan diberikan kepada anggota BTS sebalik akan dikembalikan semula kepada kamu. Meskipun begitu, di acara bertemu peminat dan konsert resmi akan diterima selepas persetujuan."

Bagaimanapyn agensi berkenaan tidak menyatakan sebab dengan jelas mengapa peminat tidak perlu lagi mengirimkan hadiah.

Barangkali BTS sendiri tidak mahu peminatnya bersusah payah apatahlagi memberi mereka hadiah yang mewah dan mahal. Cukup dengan sokongan penuh untuk mereka jadikan sebagai penyuntik semangat dan terus berusaha menghasilkan muzik yang lebih bagus lagi.

BTS dianggotai tujuh anak muda iaitu V, Suga, Jin, Jungkook, RM, Jimin, & J-Hope. Mereka cukup popular menerusi lagu seperti Fire, Not Today dan Blood Sweet Tears.
Peminat Tak Perlu Lagi Kirim Hadiah Pada BTS Peminat Tak Perlu Lagi Kirim Hadiah Pada BTS Reviewed by Kakigosip on 05:55:00 Rating: 5
Powered by Blogger.