Pemandu peribadi racun janda kaya dua kali

Seorang pemandu peribadi sanggup meracun majikannya yang merupakan seorang janda kaya di kawasan tersebut.

Portal Indonesia Kumparan mengatakan suspek yang hanya dikenali sebagai BR pada mulanya cuba meracun Sulasi, 53, menggunakan bakso yang dicampur racun tikus tetapi gagal.

Dua hari kemudian, suspek menghidangkan bubur yang dicampur racun jenis tirex dan usaha tersebut juga gagal.

Akhirnya, suspek bersama seorang lagi tertuduh, NI datang ke kediaman mangsa dan mencekik Sulasi sehingga mati.

Mayat mangsa kemudian dibuang ke Sungai Balawong di Magetan.

Kata polis, pembunuhan tersebut bermotifkan hutang dan kedua-dua suspek berjaya ditahan.

Mayat mangsa pula berjaya ditemui polis.
Pemandu peribadi racun janda kaya dua kali Pemandu peribadi racun janda kaya dua kali Reviewed by Kakigosip on 18:47:00 Rating: 5
Powered by Blogger.