Pelakon Teletubbies meninggal dunia secara mengejut

MUNGKIN ramai di kalangan kita yang masih mengingati kartun Teletubbies yang sering memberi keriangan pada zaman kanak-kanan dahulu.

Dilaporkan pemegang karakter Tinky Winky dalam siri tersebut, Simon Shelton atau Simon Barnes telah meninggal dunia secara mengejut pada 17 Januari lalu, empat hari selepas menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-52.

Berita sedih tersebut dikongsi anak lelaki beliau, Henry, yang benar-benar terkesan dengan kehilangan yang berlaku secara tiba-tiba.

“Saya telah kehilangan ayah tersayang pada Rabu lalu. Kehilangan ini amat dirasai kerana beliau merupakan seorang lelaki yang sangat baik, lembut, penyayang dan saya menyayanginya lebih dari apa pun.

“Dulu saya malu kerana ayah merupakan seorang penari dan pelakon, tapi sekarang saya rasa sangat bangga dengannya. Kini dia berada di tempat yang lebih baik dan saya tahu dia tidak mahu melihat saya bersedih,” luahnya.

Sehingga kini, punca kematian Simone belum dapat dipastikan, namun majlis pengkebumiannya akan berlangsung di tanah perkuburan Bedford, United Kingdom pada 7 Februari depan.


Pelakon Teletubbies meninggal dunia secara mengejut Pelakon Teletubbies meninggal dunia secara mengejut Reviewed by Kakigosip on 05:24:00 Rating: 5
Powered by Blogger.