Berita Terkini
recent

Pekin bawa pelakon KL Wangan temui penonton

SEJAK ditayangkan pada 21 Disember lalu, filem KL Wangan, arahan Pekin Ibrahim mendapat respons yang cukup positif.   

Malah selepas dua hari tayangan, filem ini berjaya melepasi kutipan RM1 juta dan terus menunjukkan peningkatan di 110 pawagam.

Ternyata percaturan Pekin membuahkan hasil apabila elemen yang dipersembahkan menerusi filem ini berjaya menambat hati penonton.

“Saya dan team produksi sudah buat yang terbaik dan sekarang terpulang kepada penonton untuk menilainya.

“Sebagai pembikin filem, apa yang saya harapkan penonton terhibur kerana saya memberikan apa yang mereka mahukan dalam sebuah filem aksi kereta.

“Alhamdulillah ramai penonton yang berpuas hati dan terhibur dengan apa yang kami paparkan dalam KL Wangan,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Dalam pada itu, Pekin yang juga salah seorang pelakon filem ini kini sedang ligat mengetuai sesi jelajah mempromosikan filem bersama barisan pelakon lain di 20 lokasi terpilih seluruh tanah air.

“Sejak hari pertama tayangan lagi kami sudah bergerak untuk menjayakan sesi jelajah bagi mempromosikan filem ini di beberapa lokasi terpilih seperti Pulau Pinang, Terengganu, Johor Bahru, Melaka dan beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang.

“Insya-ALLAH jelajah terakhir kami di Kedah pada 5 Januari depan, di mana kami barisan pelakon akan turun padang untuk mempromosikan filem ini dengan menyertai sesi tayangan bersama-sama penonton di lokasi terbabit.

Lebih menarik, mereka turut mengadakan pelbagai aktiviti sampingan lain berkaitan kereta di setiap lokasi jelajah dan setakat ini mendapat sambutan yang cukup hebat daripada penonton dan peminat dunia permotoran.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.