Berita Terkini
recent

Nora Danish sudah buat persiapan

TERUJA menanti kelahiran, Nora Danish mengakui sudahpun membuat persiapan membeli barang kelengkapan bayi.

Namun, katanya, ia masih dilakukan secara berpada-pada demi mengelakkan berlakunya pembaziran.

"Saya dan suami memang excited sangat. Setiap hari kami menghitung hari. Tak sabar nak tunggu baby keluar.


"Yelah, dah lama tak ada baby kecil. Rindu.... (ketawa). Barang pun dah siap beli," katanya pada Sinar Harian ketika ditemui di majlis pelancaran kosmetik miliknya, Oh Most Wanted!.

Kini, usia kandungan bintang filem Polis Evo ini sudah pun berusia tujuh bulan dan dijangka melahirkan anak pada 9 Mac depan.

Bayi itu merupakan anak sulung hasil perkongsian hidup selebriti berusia 35 tahun ini dengan Nedim Nazri.

Terdahulu, Nora dikurniakan seorang anak lelaki daripada perkahwinan lalu, Putra Rayqal Rizal Ashram, 8 tahun.

"Sebenarnya, bukan saya dan suami saja yang excited, Putra Rayqal pun sama juga.

"Dia happy sangat sebab dah lama dia memang nak adik. Selalunya, sebelum tidur dia akan baca doa dan usap-usap perut saya.

"Sebelum ini, dia ingat ada baby tu macam makan banyak terus mengandung. Tu yang dia suruh makan banyak dan jangan berdiet (ketawa)," katanya.

Pada masa sama, bintang filem Cuti-Cuti Cinta ini turut berharap dapat melahirkan anaknya itu secara normal.

"Saya kalau boleh nak lahirkan secara natural. Tapi, doktor kata kali ini baby saya agak besar.

"Jadi, saya mungkin akan sukar untuk melakukannya," katanya yang sudah mempunyai beberapa pilihan nama untuk anaknya itu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.