Nora Danish sorok jantina anak

PELAKON popular, Nora Danish dijangka melahirkan anak sulungnya hasil perkongsian hidup dengan Nedim Nazri, pada 9 Mac depan.

Namun, ketika ditanya mengenai jantina anaknya, selebriti berusia 35 tahun ini memilih untuk berahsia daripada pengetahuan umum.

"Biarlah dulu. Saya saja nak buat suprise. Kita tunggu masa lahir nanti.



"Buat masa ini, hanya keluarga dan rakan rapat saja yang mengetahuinya," katanya pada Sinar Harian ketika ditemui pada majlis pelancaran kosmetik miliknya, Oh Most Wanted, hari ini.


Kini, kandungan bintang filem Suami Aku Ustaz ini sudah pun mencecah tujuh bulan.

"Alhamdulillah, baby berada dalam keadaan sihat. Kali ini, saya rasa pengalaman hamil yang sangat berbeza.

"Baby pun agak besar. Badan saya pun naik sampai 15 kilogram (kg). Terasa mengah jugalah (ketawa).

"Tapi, tak apa. Saya pun tak kisah baby boy atau perempuan, asalkan dia sihat walafiat," katanya.

Nora dan Nedim bernikah pada 30 Mac lalu selepas tiga tahun menyulam cinta.

Untuk rekod, ia adalah perkahwinan kedua buat pasangan ini dan memiliki seorang anak hasil pernikahan terdahulu.

Nora Danish sorok jantina anak Nora Danish sorok jantina anak Reviewed by Kakigosip on 05:33:00 Rating: 5
Powered by Blogger.