Berita Terkini
recent

Nekad tinggalkan siri The X-Files

Siri televisyen fiksyen sains The X-Files kembali untuk musim ke-11 de­ngan ejen FBI, Fox Mulder dan Dana Scully meneruskan pencarian anak lelaki mereka, William.

Bagaimanapun, musim baru ini akan menjadi yang terakhir bagi bintang utama The X-Files, Gillian Anderson.

Pelakon itu nekad de­ngan keputusannya selepas lebih dua dekad membintangi dalam siri popular berkenaan bersama David Duchovny.

Dalam satu temu bual baru-baru ini, Anderson mengakui agak terkejut dengan reaksi orang ramai ketika mengumumkan keputusan itu.

“Ramai terkejut dengan pengumuman ini kerana bagi saya ia cuma satu musim saja,” katanya.

September ini The X-Files akan menyambut ulang tahun ke-25 selepas menyiarkan 217 episod dan dua filem.

Namun, pencipta The X-Files, Chris Carter menegaskan masih ba­nyak kisah misteri boleh diketengahkan menerusi siri terbabit.

Bagi pembaca yang belum pernah mengikuti kisah The X-Files, William mempunyai kuasa luar biasa kerana memiliki DNA makhluk asing.

Sewaktu bayi, kanak-kanak itu diserahkan kepada pasangan suami isteri Van De Kamp.

Penonton pasti mempuyai seribu soalan mengenai kejadian yang berlaku dalam musim 10 dan juga permainan Cigarette-Smoking Man.

Selain itu, jalan cerita musim baru ini lebih panjang dengan 10 episod berbanding enam episod pada siri lalu.

Episod pertama The X-Files musim 11 akan mula bersiaran di Astro Fox 724, jam 11 malam ini.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.