Neelofa bengang lelaki tampar wanita tidak bertudung

SELEBRITI, Neelofa bengang dengan tindakan seorang lelaki yang didakwa dirakam mengherdik dan menampar seorang wanita tidak bertudung di sebuah perhentian bas di Pulau Pinang.

Lelaki tersebut kemudian dikecam lebih hebat selepas rakaman tersebut mendapat perhatian media antarabangsa.

“Adakah ini caranya kita mahu Islam dan Malaysia dilihat oleh orang luar? Lelaki sepatutnya melindungi wanita, bukan menggunakan cara kekerasan,” kata neelofa yang juga Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia di laman Instagram.

Pengikut Neelofa di Instagram jelas bersetuju dengan pendapat usahawan berkenaan dan turut mengecam keras tindakan lelaki tersebut.

Bgaimanapun, terdapat sesetengah pelayar mendakwa lelaki terlibat mengalami masalah mental.

"Siasat dulu sebelum komen macam-macam....kan dah ada bagi tahu tu...org tu tak betul..." kata seorang wanita di posting Neelofa.

Waktu kejadian dan lokasi sebenar kejadian yang melibatkan wanita dipercayai warga asing berkenaan gagal dipastikan.
Neelofa bengang lelaki tampar wanita tidak bertudung Neelofa bengang lelaki tampar wanita tidak bertudung Reviewed by Kakigosip on 20:23:00 Rating: 5
Powered by Blogger.