Nazrief kendalikan program Buletin 113

TIDAK hanya berlakon dan menyanyi, Nazrief Nazri turut mencuba nasib dalam bidang pengacaraan.

Terbaru, artis berusia 26 tahun ini diberi tanggungjawab mengendalikan program Buletin 113 untuk Salam HD.

“Sebelum ini, saya dah banyak kali pergi casting untuk mengacara, tapi rezeki saya lebih terarah dalam bidang lakonan.

“Kiranya, inilah program pertama saya sebagai pengacara. Alhamdulillah saya dapat lakukan dengan baik bahkan program ini sudah memasuki musim kedua,” katanya kepada Sinar Harian.

Lebih selesa mengacarakan program berbetuk fakta dan serius, Nazrief turut menyimpan impian mempunyai program sendiri, suatu hari nanti.

“Jujurny saya dah jatuh cinta dalam bidang pengacaraan.

“Insya-ALLAH, jika saya benar-benar bersedia dan bila dah tiba masanya serta ada permintaan, saya tak akan tolak peluang itu,” katanya.

Pada masa sama, anak jati Negeri Sembilan ini turut berpuas hati dengan kejayaan single pertamanya, Cinta Semalam yang mendapat sambutan memberangsangkan.

Malah, video muziknya sudah ditonton lebih 430,000 pelayar di laman You Tube, sejak dimuat naik pada Jun lalu.

Katanya, walaupun banyak menerima maklum balas positif daripada pendengar namun lagu itu belum disiarkan di radio.

Tapi ternyata Nazrief tidak berputus asa dan menganggap perkara itu menaikkan lagi semangatnya.

Nazrief turut mengakuimenerima tawaran berlakon.

“Untuk bidang lakonan, semuanya OK. Sebenarnya, banyak produk yang saya dah buat, cuma masih belum keluar lagi,” katanya yang bakal muncul dalam drama bersiri 26 episod, Air Mata Di Bumi Matador.

Dalam pada itu, Nazrief turut berharap agar semua bidang seni yang diceburinya itu akan berjalan seiringan di antara satu sama lain.

“Saya bukan nak bersikap tamak merebut semua tawaran yang ada.

“Tapi, saya percaya ia adalah rezeki dan peluang keemasan yang tak boleh dilepaskan,” katanya.
Nazrief kendalikan program Buletin 113 Nazrief kendalikan program Buletin 113 Reviewed by Kakigosip on 05:42:00 Rating: 5
Powered by Blogger.