Nassier Wahab sumbang RM23,000 untuk mangsa banjir Pahang

PENYANYI Datuk Nassier Wahab telah menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM23,000 untuk mangsa banjir di Pahang.

Wang ini diperolehi daripada kutipan sempena Malam Setangkai Irama 80-an yang diadakan di Restoran  D'Empangan Udang Galah Putrajaya anjuran syarikatnya Nassier Wahab Production (NWP).



Barisan artis yang menjayakan makan malam ini terdiri daripada Rohana Jalil, Ibnor Riza, Zur Eda, Shidee, Raja Ema, Razis Ismail, Salwa Abd Rahman dan Nassier sendiri.


"Hasil daripada kutipan Malam Setangkai Irama 80-an ini, saya sumbangkan sebahagiannya kepada mangsa banjir di Pahang.

"Datuk Seri Shah Rezza akan diberi tanggungjawab untuk menyerahkan sumbangan tersebut," katanya.

Nassier turut mengumumkan bahawa Malam Setangkai Irama 80-an ini akan diperluaskan lagi ke negeri-negeri lain atas permintaan peminat.
Nassier Wahab sumbang RM23,000 untuk mangsa banjir Pahang Nassier Wahab sumbang RM23,000 untuk mangsa banjir Pahang Reviewed by Kakigosip on 06:04:00 Rating: 5
Powered by Blogger.