Nasihat baik-baik pun kena kecam...


PENYANYI Hafiz Hamidun, 33, dikecam netizen selepas menasihati Instafamous, Faiz Roslan di Twitter miliknya.

Dalam tweet yang ditulis, Hafiz atau Mohammad Hafiz Hamidun menasihat secara lembut penampilan Faiz yang gemar memperagakan pakaian wanita.

“Tak salah. Pakailah. Tak ada sesiapa nak marah pun. ‘Make up?’ Letaklah. Tak ada sesiapa marah pun. Parodi? Tak ada sesiapa marah pun.

“Itu semua tak salah kalau kita jahil dan tak tahu halal dan haram. Faiz kena belajar sikit-sikit. Nanti Faiz tahulah salah atau tak. Ini nasihat. Bukan kecaman,” tulisnya.

Hafiz ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia tiada niat untuk menghentam atau menjatuhkan Instafamous itu memandangkan dia juga pengikut di Instagram Faiz.

“Apa yang saya luahkan di Twitter adalah pandangan peribadi sama seperti orang lain yang meluahkan pendapat mereka.

“Apabila ada yang membalas dengan komen negatif, saya tak boleh halang mereka kerana itulah media sosial.

“Apa yang saya tulis itu adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri dan semua yang membaca. Ia adalah kata-kata nasihat dan kalau sudah namanya nasihat, ia adalah benda baik,” katanya.

Kata Hafiz, dia tahu kebanyakan Instafamous yang memperagakan pakaian wanita sebagai karakter di media sosial.

“Memang ramai berpakaian wanita untuk menjayakan karakter yang mereka bawa. Cuma saya harap mereka tidak terbawa-bawa sehingga ke luar dari dunia maya kerana masyarakat kita ada banyak sensitiviti.

“Saya juga yakin Faiz cukup matang untuk menerima nasihat memandangkan dia juga kini menjadi sebahagian daripada industri.

“Rasanya dia boleh terima sekiranya ada yang memberi nasihat. Saya pun boleh terima setiap kali ada yang memberi nasihat,” katanya.

Kata Hafiz, ada bertanya kenapa dia tidak nasihatkan secara peribadi (private).

“Bagi saya ini media sosial dan pengguna Twitter tahu bagaimana lapangan ini digunakan. Kerana itulah saya membuka Twitter saya secara umum atau ‘public’. Kalau nak nasihat secara ‘private’, baik jangan gunakan Twitter, tapi guna WhatsApp,” katanya.

Popular dengan lagu Zikir Terapi Diri dan Jodoh Berdua, Hafiz mengharapkan semua memandang nasihat dan perkongsiannya dari sudut positif.
Nasihat baik-baik pun kena kecam... Nasihat baik-baik pun kena kecam...  Reviewed by Kakigosip on 06:07:00 Rating: 5
Powered by Blogger.