Nampak muka Farid Kamil tenang: Fadzil Zahari

SUSULAN berakhirnya tempoh tahanan reman Datuk Farid Kamil, adiknya Fadzil Zahari turut meluahkan rasa syukurnya.

Bintang filem Tombiruo: Penunggu Rimba itu dilepaskan dengan ikat jamin RM12,000.

"Alhamdulillah... terima kasih ALLAH...," tulisnya di Instagram.

Pada masa sama, suami kepada aktres Yana Samsudin ini turut berterima kasih kepada semua yang menyokong, sedari awal lagi.

"Alhamdulillah, nampak muka FK tenang tadi.  Terima kasih pada semua yang berada bersama kami dari hari pertama.

"Terima kasih pada yang sentiasa mendoakan. Terima kasih pada PDRM.  Terima kasih semua...," tulisnya lagi.

Bahkan, biar apa pun terjadi, Fadzil juga berjanji tidak akan sesekali meninggalkan atau mengetepikan abang sulungnya itu.

Difahamkan, semua adik-beradiknya iaitu Dr Azman Aizuddin, Dr Anis Anwar dan Nurdianah juga sentiasa berada di sisi Farid.

"Kecik kecik dulu kami selalu bergaduh & mama abah selalu marah...," katanya.

Malah, Fadzil juga sentiasa mengingati pesanan daripada ibunya.

"Lidi kalau sebatang, senang ja orang nak patahkan, tapi cuba kamu ikat lidi tu banyak banyak, cuba patahkan? Susah dak?

"Sama la kamu adik beradik, kalau sorang sorang kamu mudah dijatuhkan, tapi kalau kamu bersatu, insya- ALLAH...” - MAMA," kongsinya lagi.

Nampak muka Farid Kamil tenang: Fadzil Zahari Nampak muka Farid Kamil tenang: Fadzil Zahari Reviewed by Kakigosip on 04:52:00 Rating: 5
Powered by Blogger.