Nama Gal Gadot Dijadikan Nama Panggung Wayang

Filem adiwira Amerika, Wonder Woman, salah satu filem yang meraih kutipan pecah panggung sepanjang tahun 2017.

Lebih dari itu, filem tersebut malah mendapat penghargaan sebagai filem aksi terbaik pada anugerah Critic's Choice Awards yang berlangsung di Hollywood pada 11 Januari lalu.

Kejayaan serta sambutan hangat terhadap karya berdasarkan karakter komik DC itu sekaligus melonjakkan nama Gal Gadot sebagai peranan utamanya.

Terbaru, nama aktres jelita lagi seksi itu akan diabadikan sebagai nama sebuah panggung wayang di Israel diberi nama Gal Cinema.

Berita tersebut diumumkan jurucakap kota Nazareth Illit, Orna Yosef, baru-baru ini

"Kami akan menamakan panggung wayang baru sesuai dengan nama Gal Gadot, aktres Israel yang mengharumkan nama negara ini," ucap Yosef.

Tambah Yosef lagi, dia menyifatkan bintang berusia 32 tahun itu sebagai simbol kejayaan. Gal menunjukkan pada semua orang bahwa mimpi apapun dapat dicapai dengan hasil berkerja keras.

"Ini adalah pesanan bagi anak-anak pemuda. Gal Gadot adalah contoh kejayaan yang menunjukkan bahwa semua mimpi dapat dicapai."

Sebelum namanya melonjak di Hollywood, Gal Gadot memulakan karier sebagai model selepas memenangi pertandingan ratu cantik yang membawanya meraih gelaran Miss israel pada tahun 2004. Ketika itu usianya baru 18 tahun.

Selepas mengikuti latihan ketenteraan selama dua tahun, Gal mula terjun ke dunia modeling dan filem secara serius. Dan akhirnya dia berjaya membawa bakatnya menembus Hollywood dengan membintangi filem "Fast and Furious" pada tahun 2009. Kini dia menetap di Los Angeles bersama keluarganya.

Sementara itu, Gal Cinema mempunyai kemudahan dua teater dan telah pun dibuka secara rasmi sejak 17 Januari lalu.
Nama Gal Gadot Dijadikan Nama Panggung Wayang Nama Gal Gadot Dijadikan Nama Panggung Wayang Reviewed by Kakigosip on 14:56:00 Rating: 5
Powered by Blogger.