Nadiyah Shahab Bimbang Dilabel Wanita Jahat

PELAKON Nadiyah Shahab bimbang watak antagonis dalam drama Lafazkan Kalimah Cintamu membuatkan penonton memberi tanggapan buruk terhadap dirinya.

Nadiyah atau nama sebenarnya Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab, 27, berkata dia pernah menerima mesej peribadi di laman Instagram mengenai perkara tersebut.

"Saya risau juga kalau penonton terus menganggap dan fikir saya ini jahat. Sebab watak saya sebagai Tengku Natasha itu semakin hari semakin jahat.

"Baru beberapa episod pun ada orang dah mesej saya di laman sosial tanya kenapa saya jahat sangat dengan Nelydia," kata Nadiyah.


Nadiyah yang membawakan watak antagonis sebagai Tengku Natasha berjaya membuatkan penonton terkesan dengan lakonannya.

Sementara itu, Nadiyah juga berharap dia turut diberi peluang untuk melakonkan watak lain selain antagonis.

"Mungkin penonton terkesan dengan watak saya dalam drama itu. Tapi saya tak naklah nanti hanya lekat dengan watak jahat sahaja.

"Saya harap selepas ini dapat diberikan peluang untuk mencuba watak baik atau selain daripada itu," ujarnya.

Selain Nadiyah, antara barisan pelakon utama drama tersebut adalah Datuk Farid Kamil dan Nelydia Senrose.


Dalam pada itu, pelakon yang berasal dari Singapura ini sudah mengikat tali pertunangan dengan pelakon Ben Ali pada 13 Januari lalu dan merancang untuk berkahwin pada penghujung tahun ini.

Kata Nadiyah, dia bersyukur bakal berkahwin dengan rakan baiknya sendiri yang dikenali sejak tiga tahun lalu.

"Alhamdulillah, saya dan Ben sudah pun bertunang. Insya-Allah kami akan berkahwin pada tahun ini juga, mungkin dalam bulan November.

"Saya sangat bersyukur bakal berkahwin dengan rakan baik saya sendiri. Kami dah kenal selama tiga tahun dan dia adalah lelaki pertama yang saya kenal masa datang ke Kuala Lumpur," katanya.

Nadiyah turut berkongsi gambar pertunangan yang berlangsung di kediamannya di laman Instagram dan rata-rata pengikutnya memuji kecantikkan pengacara program Lost At Sea itu.
Nadiyah Shahab Bimbang Dilabel Wanita Jahat Nadiyah Shahab Bimbang Dilabel Wanita Jahat Reviewed by Kakigosip on 04:22:00 Rating: 5
Powered by Blogger.