Mufti Wilayah Hadiahkan Iqram 2 Ekor Arnab, Kopiah & Jubah

Pelakon kontroversi Iqram Dinzly menerima beberapa hadiah istimewa daripada mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ketika pertemuan mereka pada Sabtu lalu.

Memetik laporan mStar online, Zulkifli turut menghadiahkan Iqram dua ekor arnab dan beberapa buku tulisannya kepada Iqram dan pelakon Johan As'ari yang turut hadir pada pertemuan berkenaan.

"Setiap tanda ingatan yang kami berikan, sebenarnya ada hasrat tertentu yang ingin disampaikan untuk Iqram dan Johan.

"Kami hadiahkan beberapa buku tulisan kami kepada Iqram dan Johan untuk dibaca, dihayati dan diamalkan kandunganya.

"Begitu juga jubah dan kopiah supaya terus istiqamah dan bersemangat dalam ibadah. Tidak lupa dua ekor arnab yang comel kami hadiahkan kepada Iqram, supaya beliau dapat meneruskan hobinya dengan lebih gembira dan tenang," tulisnya di Instagram pada Sabtu.

Dalam pertemuan hati ke hati itu juga dapat menjelaskan kemelut kehidupan Iqram yang sering menjadi perbualan dan sensasi di media sosial.

Dalam pada itu, Zulkifli berharap pelakon berkenaan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah SWT.

"Kami yakin disana terdapat cahaya di hujung terowong kehidupan tatkala kita berpegang kepada tali Allah dengan penuh keimanan disamping makrifah ilmu dengan sedalamnya. Begitu juga kita sulami kehidupan dengan takwa dan taat.

"Kami berdoa agar kita semua sentiasa diberi taufiq dan dihidayahkan oleh Allah SWT," katanya.

Terdahulu, pada 27 Disember lalu, Zulkifli menerusi surat terbuka kepada Iqram Dinzly menjemput pelakon Dunia Baru itu hadir ke pejabatnya bagi membincangkan masalah yang sedang dihadapi selepas beberapa video aksi pelik menjadi tular di laman sosial.

Mufti Wilayah Hadiahkan Iqram 2 Ekor Arnab, Kopiah & Jubah Mufti Wilayah Hadiahkan Iqram 2 Ekor Arnab, Kopiah & Jubah Reviewed by Kakigosip on 13:44:00 Rating: 5
Powered by Blogger.