MPTN mendahului industri

Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN) iaitu TV3, TV9, ntv7 dan 8TV terus mengorak langkah dengan menawarkan pelbagai program baru dan menarik sepanjang 2018.

Program ini termasuk gabungan blockbuster tempatan dan antarabangsa seperti drama bersiri, rancangan realiti, program masakan, ceramah dan dokumentari.

Bersesuaian dengan tema ‘Create and Dominate’, MPTN menyasarkan untuk memanfaatkan populariti platform media dan pengikut tegar harta intelek (IP) untuk menambahkan nilai pengiklan dan memaksimumkan pulangan perbelanjaan pengiklanan.

MPTN mendahului industri dengan keupayaan mencapai sasaran kumpulan penonton terbesar melebihi 28 juta rakyat Malaysia setiap hari di semua stesen rangkaian dengan pecahan penonton sebanyak 34.4 peratus, sekali gus mendahului saingan di semua saluran.

Empat stesen televisyen MPTN digabungkan dan menguasai 51 peratus daripada keseluruhan jumlah penonton pada waktu puncak iaitu jam 8 sehingga 9 malam.

Menurut Unjuran Penonton Nielsen, TV3 terus mempertahankan kedudukannya sebagai saluran premium nombor satu penonton dengan memiliki 30 program teratas di semua saluran bagi 2017.

Gabungan dengan Media Prima digital mencecah 10.7 juta pelawat dan mampu menawarkan ruang pengiklanan melalui televisyen dan digital yang tiada tandingan.

Ketua Pegawai Eksekituf, Rangkaian Televisyen Media Prima Johan Ishak berkata, program yang disajikan MPTN berjaya memenuhi kehendak penonton.

“Cara penonton menonton siaran kandungan di MPTN berkembang dan ia berjaya memenuhi kehendak mereka. Penonton menikmati siaran melalui antena darat konvensional dan langganan satelit atau jalur lebar.

“Bagi pengguna yang meminati siaran kandungan dalam talian, MPTN menawarkan perkhidmatan melalui OTT yang popular, tonton dan Studio 8, saluran rangkaian di Youtube. MPTN berbesar hati jumlah penonton kekal kukuh walaupun dengan gangguan media digital dan penurunan penonton yang dihadapi industri.

“MPTN akan terus melabur dalam siaran kandungan tempatan yang mana memberi kelainan daripada pesaing. MPTN bekerja dengan mereka yang paling berbakat di Malaysia untuk menyampaikan siaran kandungan terbaik di seluruh platform televisyen dan digital,” katanya

Selain memaparkan kandungan dan program baru, MPTN turut mengumumkan penjenamaan baru saluran ntv7.

Saluran urban yang popular kini menyasarkan penonton Melayu moden menerusi kandungan baru. Perubahan itu juga akan memberi kesan kepada saluran 8TV yang kini akan menyiarkan lebih banyak kandungan bahasa Cina.

TV3

Saluran nombor satu Malaysia selama 34 tahun ini memberi impak besar menerusi kandungan mantap drama, anugerah dan program realiti.

Malah, TV3 mengambil langkah ke hadapan dengan perkembangan teknologi menerusi program TV untuk mewujudkan peluang integrasi yang lebih baik bagi penjenamaan siaran.

Sebagai contoh, teknologi AR dilaksanakan melalui Anugerah Skrin 2017 dengan Olay sebagai rakan penaja utama.

Oleh itu, TV3 memperkenalkan Integrasi Jenama Digital (DBI) melalui siaran kandungan TV terutama bagi siri drama.

Kini penjenamaan tidak perlu dipersembahkan secara fizikal melalui babak dalam drama tetapi ia akan diperkenalkan secara kreatif dan disatukan sebagai sebahagian daripada drama di peringkat pasca produksi.

Antara drama baru yang dijangka hit di TV3 adalah Villa Ghazara dan Leftenan Zana. Sementara itu, empat program realiti TV secara eksklusif, Bintang Bersama Bintang (BBB), Mentor Otai, Mentor 7 dan Da’i 6.

Tidak ketinggalan, Anugerah Juara Lagu 32, Anugerah DFKL, ABPBH, ASK dan rancangan realiri Clever Girl, Qari Junior serta Da’i.

TV9

Saluran pilihan kedua tertinggi ini berusaha menyajikan penonton dengan drama bersiri menarik dan segmen sukan yang mendominasi waktu puncak dan waktu biasa.

Antara program klasik dan terhebat untuk dinikmati penonton adalah Amsyar, Ops Cinta Din Sardin, Joyah, 7 Hari Mencintaiku, Kau, Aku, Kita dan Cinta Si Wedding Planner.

Bagi peminat bola sepak tempatan, sebanyak 70 jam perlawanan bola sepak secara langsung bakal disajikan membabitkan Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Selain itu, TV9 mendekatkan penonton dan peminat sukan melalui pengaktifan aplikasi mudah alih Kita Juara dan Pentas Kita Juara.

Pada masa sama, TV9 menawarkan waktu siaran tambahan bagi rancangan beli-belah di rumah iaitu CJ WOW Shop dari jam 8.30 pagi sehingga 4.00 petang setiap hari.

8TV

Selain menyajikan rancangan berbahasa Cina tempatan dalam sektor penyiaran televisyen, digital dan acara padang, saluran rancangan berbahasa Cina nombor satu di Malaysia ini turut menyediakan peluang bagi belia Malaysia untuk menunjukkan bakat tersembunyi mereka melalui kempen Orikami dan Newscaster Camp.

8TV tidak pernah berhenti menawarkan drama bersiri tempatan dan antarabangsa menarik pada waktu puncak.

Antara drama cina tempatan, My Sensei Nyonya dan Persona 2, drama rantaian menerusi Best Of The East seperti, Zhao Ge, Universale Martial, Win the World dan The Legends of Monke. Tidak ketingglan drama bersiri Thailand, Ring Flower.

8TV juga menerbitkan program realiti I Can See Your Voice Malaysia musim kedua dalam versi Bahasa Cina.

Selain itu, 8TV memperkenalkan beberapa program bagi tayangan serentak iaitu Sing! China musim ketiga dan drama Korea, City of Stars.

NTV7

Bermula 5 Mac ini, ntv7 memperkenalkan saluran hiburan Malaysia yang baru untuk memenuhi selera penonton dengan selebriti terkemuka tempatan.

Rancangan yang bakal disajikan terdiri daripada program bual bicara pagi sehingga rancangan hiburan harian untuk tontonan seisi keluarga.

Penonton boleh menyaksikan program Feel Good Show setiap hari untuk hiburan pagi mereka, berita hiburan terkini di Pop! TV dan Pop! Ekspres, serta pelbagai program hiburan di waktu puncak menerusi Kata Serasi? Ini Alif, dan S.O.S (Sayang Oh Sayang).

ntv7 turut menawarkan drama Nafas melalui slot Glamadrama serta Telenovela dari Turki iaitu New Bride dan Brave & Beautiful.

Sementara itu, Sabtu pasti hari dinantikan seisi keluarga apabila saluran ini memaparkan rancangan realiti TV terbaru Drop The Beat, I Can See Your Voice Malaysia dan Next Gen.
MPTN mendahului industri MPTN mendahului industri Reviewed by Kakigosip on 18:44:00 Rating: 5
Powered by Blogger.