Minnie Mouse Terima Bintang Hollywood Selepas 90 Tahun

Selepas 90 tahun menanti, akhirnya 'ratu Disney', Minnie Mouse mendapat pengiktirafan bintang di Hollywood 'Walk of Fame'.

Mula membuat kemunculan pertamanya menerusi filem Steamboat Willie pada tahun 1928, namun teman lelakinya Mickey Mouse lebih dulu mendapat pengiktirafan di Hollywood Boulevard pada tahun 1978.

Minnie yang muncul menerusi lebih daripada 70 filem animasi mengambil masa selama 40 tahun (selepas kejayaan Mickey).

Manakala Donald Duck, Tinker Bell, Snow White dan watak-watak Disney yang lain diabadikan di Walk of Fame sebelum Minnie.

"Dalam fesyen Hollywood sebenar, dia mencapai prestasi yang tidak dapat dilupakan tetapi Mickey mendapat semua kredit," kata Ketua Eksekutif Walt Disney Co Bob Iger pada majlis sempena pnegiktirafan tersebut yang berlangsung di Hollywood pada Isnin lalu.

"Selepas 90 tahun dalam perniagaan persembahan, sudah pasti ini masanya untuk anda mendapat bintang anda," kata Iger.

Minnie telah dirai sebagai ikon fesyen, perintis kebudayaan pop dan watak yang membawa kegembiraan kepada kanak-kanak di seluruh dunia.

Lucunya, sepanjang majlis itu Minie tetap bijak menonjolkan karakternya dengan melambai-lambaikan tangan, menyentuh bulu mata dan mempamerkan gaya manja sepanjang majlis tersebutan

"Hari ini adalah hari yang terbaik. Terima kasih, terima kasih, terima kasih," katanya.

Sementera bintang pop Katy Perry yang turut tampil dengan gaun bercorak polkadot merah dan putih berkata dia telah menjadi penggemar Minnie sejak berusia dua tahun.

"Minnie dan Mickey mencetak lampin - itu adalah ingatan pertama saya dan ia menjadi kenangan seumur hidup.

"Tiada siapa yang melukis busur, atau warna merah, seperti dia," kata pelantun lagu Dark House itu.

Minnie Mouse Terima Bintang Hollywood Selepas 90 Tahun Minnie Mouse Terima Bintang Hollywood Selepas 90 Tahun Reviewed by Kakigosip on 13:13:00 Rating: 5
Powered by Blogger.