Berita Terkini
recent

Mia Ahmad kongsi momen romantis

PELAKON popular, Mia Ahmad berkongsi momen menarik sempena sambutan ulang tahun pertama perkahwinannya, hari ini.

Untuk itu, selebriti berusia 30 tahun ini memuat naik video romantis pra perkahwinannya di laman Instagram (IG).

Katanya, video romantis yang bertajuk Suatu Hari Nanti itu mencurahkan isi hatinya buat suaminya, Mohd Izham Tarmizi Roslan yang juga penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT) ini.

"About “Satu Hari Nanti” .....Aku duduk memandang jauh.... Aku leka, aku tidak peduli mungkin dia ada dibelakang (who would have known, he’s my JODOH)

“Memandang mungkin sepintas lalu”(who would have known, I’m his JODOH). Cinta, jangan dikejar, nanti dia lari. Cinta jangan dipendam, nanti dia padam. Cinta usah di tunggu, ia tak akan datang.

"Tetapi cinta kalau dari hati, ia tak akan padam, ia tak lari, malah ia akan datang dengan sendiri," kongsinya.

Bukan itu sahaja, pelakon filem Jibam ini mengakui video romantis tersebut turut meninggalkan pelbagai kenangan manis buat mereka.

"Journey untuk shoot pre wedd ni sangatlah mencabar dengan sejuk and drizzling nya weather, dengan nak berdialognya dengan nak tukar bajunya takde bawak assist and no make up artist!

"I lah touch up suami i! But its all worth the time! Mungkin sebab bekerja dengan team @cstproduction & @project2pi kut! Enjoy and best gila diorang ni so fun to work with! Rindu korangggg!," kongsinya.

Bahkan, Mia turut menyifatkan perkahwinan yang terbina sebagai satu mahligai terindah di dalam hidupnya.

"A year ago, I got married to this man. Never thought that I could love him this much.

"It’s been a wonderful journey sayang," luahnya

Pada masa sama, pelakon yang dikenali menerusi drama bersiri Hati Perempuan ini juga berharap agar semua peminat akan terus mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga.

"Celebrating our first wedding anniversary! Please pray for us!," tulisnya sambil disertai #izhaMiafirstanniversary #satuharinanti.

Mia atau nama sebenarnya Shamiha Ahmad Baderi dan Mohd Izham berkahwin pada 13 Januari 2017 di Taiping, Perak.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.