Menang Anugerah, IU Belanja Netizen Satu Restoran Makan

Awal tahun 2018 nampaknya permulaan yang baik dan tuah buah penyanyi IU kerana memenangi anugerah Daesang (anugerah utama) pada Anugerah Golden Disk Award (GDA2018) yang berlangsung di Seoul, Korea pada 10 Januari lalu.



Penyanyi yang juga dikenali dengan jolokan yang jolokan 'KPop Sweetheart' itu meraih anugerah tersebut menerusi lagu hit Through The Night yang yang sekali gus disenaraikan sebagai lagu yang paling banyak di dengar orang Korea di tahun 2017.

Gembira dengan pencapaian itu dan sebagai meraikannya, gadis berusia 24 tahun ini dilaporkan bermurah hati membiayai kos hidangan semua pelanggan di sebuah restoran, di Seoul beberapa hari lalu.

Seorang netizen Korea membuat naik status di sebuah laman sosial komuniti pada Rabu lalu dengan menyatakan 'IU membelikan teman saya makanan'. Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi pengguna laman sosial sehingga tular.

"Seseorang yang saya kenal makan di restoran barbeque di Seongsudong, Seoul. Dia tidak sengaja duduk berdekatan dengan meja yang diduduki IU.

"Ketika itu turut bersama ialah tiga lagi kumpulan yang juga makan di restoran itu dan IU telah membayar semua makanan mereka kerana dia menang daesang," cerita netizen tersebut.

"Sudah cukup gembira dapat bertemu dengan seorang selebriti, tapi juga dibiayai kos makanan oleh mereka....Ahh saya sangat cemburu," kata netizen berkenaan pada foto yang dikongsinya menunjukkan temannya berswafoto bersama IU sebagai bukti.

Terdahulu, ketika menerima trofi kemenangan itu, selain ucapan terima kasih IU juga mengajak semua krunya keluar makan bersama.

"Saya ingin berterima kasih kepada kru dan pengurusan saya, ayuh kita pergi makan-makan," kata bintang drama Scarlet Heart: Ryeo itu.

Sebagai menunaikan janji, dia mengajak semua kru makan di restoran BBQ tersebut. Bukan itu saja, penyanyi yang popular dengan lagu Palette itu juga membayarkan kos makanan orang-orang yang kebetulan ada di restoran itu.
Menang Anugerah, IU Belanja Netizen Satu Restoran Makan Menang Anugerah, IU Belanja Netizen Satu Restoran Makan Reviewed by Kakigosip on 05:48:00 Rating: 5
Powered by Blogger.