Berita Terkini
recent

Meghan Markle Tutup Semua Akaun Media Sosial

Seluruh dunia sudah mengetahui, aktres Meghan Markle kini sibuk menghitung hari bergelar pengantin diraja menjelang Mei depan.

Ketika ini, dia tentunya sibuk membuat persediaan dan mempelajari kehidupan protokol sebagai ahli keluarga diraja.

Terbaru, pelakon siri popular Suits ini dilaporkan sudah menutup semua akaun media sosial miliknya termasuklah Facebook (yang mendapat 800,000 'like'), Twitter (mempunyai 350,000 pengikut) dan Instagram (mempunyai 1.9 juta pengikut).

"Meghan sangat menghargai dan berterima kasih kepada para pengikutnya di media sosial selama ini tetapi memikirkan sudah lama tidak aktif, justeru beliau membuat keputusan menutup semua akaun," kata wakil daripada pihak istana pada 10 Januari lalu.

Seperti diketahui, Meghan juga telah menutup blog peribadinya, The Tig sejak April tahun lalu.

Sebelum ini Meghan sering berkongsi mengenai perkembangan dirinya dan kerjayanya di akaun media sosial. Namun dia mula 'berjauhan' dengan akaun-akaunnya sejak menjalinkan hubungan dengan Putera Harry.

Bagaimanapun, keputusan itu sejajar dengan statutnya yang bakal berubah tidak lama lagi. Tambahan mengikut tradisi dan monarki diraja Britain, ahli keluarga mereka tidak pernah mempunyai akaun media sosial peribadi sebaliknya perkembangan mengenai mereka dikhabarkan menerusi akaun sosial rasmi istana.

Selepas ini, para peminat boleh mengikuti perkembangan Meghan termasuklah mengenai upacara perkahwinannya dengan Putera Harry pada 19 Mei depan menerusi akaun rasmi istana @KensingtonRoyal.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.