Berita Terkini
recent

Masih aktif! Maulana AF8 bakal keluar single terbaru

NAMA penyanyi, Maulana dilihat tenggelam daripada radar dunia seni hiburan tempatan.

Bagaimanapun, kata Maulana, situasi itu mungkin disebabkan dia jarang muncul di TV.

Hakikatnya, bekas peserta program realiti Akademi Fantasia musim kelapan (AF8) ini masih lagi aktif menerima tawaran persembahan.

Bahkan, pemilik nama sebenar Muhd Firdaus Maulana Mohamed ini bakal membuat kemunculan semula melalui single terbaru, Satu, awal tahun ini.

Tidak keseorangan, selebriti berusia 30 tahun ini juga akan berduet dengan Zahid.

"Saya akui dah lama tak keluar dengan single baru, Adalah dalam lima tahun. Setakat ini, hanya tinggal final recording dan siapkan video klipnya. Insya-ALLAH, ia akan dilancarkan suku tahun ini juga," katanya.

Mengulas lanjut, katanya, Satu merupakan ciptaannya bersama Zahid serta komposer berbakat besar, Hizwan Mohd.

Berkongsi mengenai lagu ini, Maulana memberitahu Satu berbeza dengan lagu sebelum ini tetapi enggan berkongsi konsepnya.

"Saya rasa Zahid adalah individu yang sesuai untuk menyanyikan bersama kerana konsep tersebut ada di dalam jiwanya," katanya.

Tidak hanya itu, Maulana juga aktif dalam bidang pengacaraan selain aktivis Amal Palestin sejak 2012.

Kini, Maulana juga sedang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM), sejak dua tahun lalu.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.