Mas Idayu, Baby Shima hasilkan single

HIKMAH di sebalik kritikan pedas, ratu dangdut, Mas Idayu bersyukur apabila karier seni Baby Shima semakin terbuka luas.

Katanya, bekas peserta program realiti, D’Academy Asia musim Ke-3 (DAA3) itu tidak putus-putus menerima tawaran persembahan di Indonesia mahupun Malaysia.

“Itu semua orang tak tahu. Mummy cuma fikir satu saja, mummy tak pernah buat apa-apa sampai jadi viral macam ini.

“Sebelum ini, perjalanan dia menjadi artis di Malaysia pun tak menonjol, tak naik, bahkan mummy pun tak kenal dia.

“Tapi, dia sangat berterima kasih dengan mummy Kerana ini, nama dia naik di Indonesia dan juga Malaysia,” katanya dalam wawancara khas Live Facebook Bersama Sinar Harian, kelmarin.

Terdahulu, pelantun lagu Goyang Bali ini memarahi Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli selepas mendendangkan lagu Wulan Merindu pada konsert minggu ketiga pertandingan yang membariskan peserta dari Asia itu.

Malah, video kritikan Mas Idayu juga menjadi viral sekali gus mengundang pelbagai reaksi dan kecaman netizen.

Jelasnya, percaturan ALLAH SWT sudah teratur begitu cantik sekali.

“Kita tak tahu perjalanan ALLAH beri, jadi mungkin ALLAH hantar mummy sebagai perantaraan dan mummy wajib marah dia hari tu.

“Itu orang sebenarnya tak nampak. Sekarang pun, hubungan mummy dan dia baik kerana dia tahu apa kesilapan dia buat,” katanya.

Bahkan, penyanyi lagu Selangit ini turut mendoakan agar kerjaya seni anak didiknya itu semakin bersinar pada masa depan.

 “Bagi mummy, dia bukan dilahirkan untuk jadi artis yang dipertandingkan, sebaliknya memang sepatutnya jadi artis,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Mas Idayu juga akan bekerjasama dengan Baby Shima hasilkan single terbaru tidak lama lagi.
Mas Idayu, Baby Shima hasilkan single Mas Idayu, Baby Shima hasilkan single Reviewed by Kakigosip on 05:13:00 Rating: 5
Powered by Blogger.