Mas Idayu Akui Susah Nak Percaya Lelaki

Penyanyi dangdut terkenal, Mas Idayu mengakui beliau sukar meletakkan kepercayaan terhadap kaum adam menyebabkan sehingga kini dia masih menjalani kehidupan solo dan belum menemui pengganti.

Memetik laporan Sinar Harian online, juri program realiti, D'Academy Dangdut Asia bagaimanapun berkata dia tidak pernah menutup pintu hatinya.

"Ada juri dalam program itu nasihatkan, mummy, please jalani hidup ini saja dan jangan tutup pintu hatimu.

"Masalahnya, saya bukan tutup pintu hati cuma saya susah nak percaya lelaki," katanya.

Pun begitu, penyanyi berusia 48 tahun ini terbuka menghulurkan tali persahabatan kepada sesiapa.

"Kalau setakat berkawan, saya boleh saja berkawan. Tapi, jangan nak lebih-lebihlah," tegasnya.

Sebelum ini, pelantun lagu Goyang Bali ini pernah berkahwin.

Hasil perkongsian hidup, mereka memiliki seorang anak, Nurdayini Ashiqah, yang kini berusia 19 tahun.
Mas Idayu Akui Susah Nak Percaya Lelaki Mas Idayu Akui Susah Nak Percaya Lelaki Reviewed by Kakigosip on 01:28:00 Rating: 5
Powered by Blogger.