Mariah Carey Berdepan Saman RM11,812,418

Gara-gara membatalkan dua konsertnya di tiga negara pada tahun lalu, diva Mariah Carey terpaksa berdepan dengan pihak penganjur Fenix yang mendakwa diva berusia 48 tahun itu telah melanggar kontrak.



Justeru pihak penganjur telah menuntut beliau membayar ganti rugi sebanyak USD3 juta (kira-kira RM11,812,418).

Lapor TMZ, pada Oktober lalu, Mariah menerusi akaun Twitter miliknya meminta maaf kepada para peminat kerana konsert tersebut dibatalkan.

Pelantun 'Without You' itu juga seolah-olah menyalahkan penganjur atas perkara itu malah ketika itu Mariah menuntut pihak berkenaan membayar semua kerugian kerana 'merosakkan' konsertnya.

"Konsert saya di Chile, Argentina, dan Brazil terpaksa di batalkan harus batal. Peminat saya seharusnya mendapatkan ssuatu yang lebih baik berbanding dengan apa yang penganjur ini lakukan kepada mereka," tulisnya pada 26 Oktober 2016.

Bagaimanapun pihak Fenix melawan semula tuntutan tersebut dengan membawa perkara itu ke muka pengadilan sekali gus mendakwa menuduh Mariah tidak memenuhi tanggungjawab di Argentina dan Chile tanpa alasan.

Fenix juga mendakwa pihaknya mengalami kerugian besar malah mereka telah membayar sebanyak pihak 75 peratus dan menyangkal tuduhan Mariah.

Mariah Carey Berdepan Saman RM11,812,418 Mariah Carey Berdepan Saman RM11,812,418 Reviewed by Kakigosip on 13:43:00 Rating: 5
Powered by Blogger.