Berita Terkini
recent

Majlis perkahwinan bukanlah satu pencapaian

HARI ini sudah menjadi satu trend untuk mengadakan majlis perkahwinan yang meriah, unik serta lebih grand daripada kebiasaan.

Dalam pada itu, ada juga yang sanggup berhutang asalkan dapat ditatang bagai raja semasa majlis, bak kata orang 'biar papa asal bergaya'.

Namun ada juga yang bijak mengawal kewangan, melebihkan yang wajib, keperluan daripada kehendak.

Perkara ini menarik perhatian pelakon, Redza Minhat yang memberikan komen mengenai perkara tersebut.

"Majlis perkahwinan bukanlah satu pencapaian, ia tidak bawa maksud apa-apa pun, tetapi satu 'perkahwinan' itu membawa erti yang besar.

"Namun, bukan mudah untuk mengharunginya, dah rasa baru boleh kongsikan, anak-anak, kalau tidak faham makna perkahwinan, tolong jangan membiak," tulisnya.

Perkongsiannya itu mendapat 'like' dan 'retweet' daripada pengguna-pengguna Twitter yang lain.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.