Lelaki gila seks cuba goda pekerja kedai

Tindakan seorang lelaki memperlihatkan dan menggoyangkan kemaluan bagi menggoda seorang pekerja perempuan akhirnya memakan diri apabila perbuatan gila seks itu di rakam kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah kedai pakaian dekat Bukit Sentosa, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9.35 pagi, lelaki berusia dalam lingkungan 20an itu memasuki kedai berkenaan menuju ke arah sudut pakaian wanita dengan berpura-pura sebagai pelanggan.

Menurutnya pekerja kedai berusia 22 tahun, dia menghampiri lelaki terbabit bagi membantu memilih pakaian yang hendak dibeli.

"Bila saya sampai, dia memandang ke arah saya sambil menggoyang badan yang  secara tidak langsung menampakkan kemaluannya sambil tangan dia seperti mahu memilih seluar.

"Saya memang terkejut kerana dia memang sengaja berbuat demikian sebelum saya beredar memaklumkan kejadian kepada tuan kedai yang berada di tingkat atas,"katanya.

Pemilik kedai berusia 40an yang enggan dikenali berkata, dia segera ke arah lelaki terbabit bagi mendapatkan penjelasan namun dinafikan sebaliknya menegaskan mahu membeli seluar.

Katanya, dia membantu mencarikan seluar seperti yang dikehendaki namun lelaki berkenaan beredar selepas tiada seluar berharga RM20 dijual di kedai tersebut.

"Saya tanya dengan dia, kenapa buat macam tu (tunjuk kemaluan) tetapi dia tak mengaku walaupun beritahu kedai ini CCTV.

"Selepas melihat semula rakaman CCTV, memang jelas dia sengaja melakukan gangguan seksual kepada pekerja saya,"katanya.

Berdasarkan rakaman tersebut, lelaki berkenaan memasuki kedai dan menuju ke arah pakaian wanita dengan kelakuan seperti menunggu salah seorang pekerja menghampirinya.

Sebaik dihampiri, dia membuka zip dan memperlihatkan kemaluan sebelum menggoyangkan badan seolah-olah mahu menarik perhatian pekerja perempuan itu.

Laporan polis dibuat pekerja kedai di Balai Polis Bukit Sentosa pada jam 3.30 petang tadi.
Lelaki gila seks cuba goda pekerja kedai Lelaki gila seks cuba goda pekerja kedai Reviewed by Kakigosip on 04:40:00 Rating: 5
Powered by Blogger.