Laporan Polis Roslan Shah Tak Tuduh Ifa Raziah

Pengacara Roslan Shah menegaskan bahawa dia tidak menuduh mana-mana artis termasuk penyanyi Ifa Raziah kononnya mengupah seseorang pembunuh upahan untuk menembaknya pada laporan polis yang dibuat 16 Januari lalu.

Sebaliknya, Roslan, 47, berkata, laporan tersebut dibuat hanya untuk melindungi keselamatan dirinya setelah menerima rakaman video berunsur ugutan.

"Laporan saya bukan untuk menuduh mana-mana artis termasuk Ifa Raziah membuat cubaan untuk mengupah orang bagi membunuh saya.

"Saya membuat laporan tersebut supaya pihak polis membuat siasatan dan melindungi keselamatan diri saya," katanya.


Roslan Shah ditemui semasa sidang media khas yang diadakan di Naili's Place Ampang, di sini pada Jumaat.

Terdahulu, pengacara itu telah membuat laporan polis di Balai Polis Johor Bahru Sentral pada 16 Januari lalu.

Dalam pada itu, Roslan berkata bahawa segala persengketaan dan pergaduhan itu dicetuskan oleh Ifa Raziah.


Katanya, tindakannya membalas kenyataan tersebut adalah selepas menerima provokasi melampau.

"Bukan saya yang memulakan persengketaan ini, sebaliknya dia yang mula menghina saya dahulu sejak 1 Disember tahun lalu.

"Selepas tidak tahan kena provok oleh Ifa, barulah saya menjawab dan membalas kenyataan.



"Saya juga manusia yang lemah, saya pun boleh jadi marah dan tertekan kerana kata-kata melampau yang diucapkan oleh seorang perempuan seperti dia secara terbuka," ujarnya.

Sementara itu, ditanya sama ada dia sudi untuk memaafkan penyanyi tersebut, Roslan berkata, dia akan memikirkan untuk berbuat demikian.

"Saya sebagai manusia tidak ada masalah untuk meminta maaf dan juga memberi kemaafan kepada sesiapa sahaja termasuk Ifa Raziah," jawabnya.

Sebelum ini, Ifa Raziah pada hari yang sama turut membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Sentul setelah menerima panggilan daripada pihak berkuasa mengatakan Roslan Shah membuat laporan polis di Johor menuduhnya mengupah seorang pembunuh.



Laporan Polis Roslan Shah Tak Tuduh Ifa Raziah Laporan Polis Roslan Shah Tak Tuduh Ifa Raziah  Reviewed by Kakigosip on 04:43:00 Rating: 5
Powered by Blogger.