Berita Terkini
recent

Lah Ahmad teruja jumpa waris Mahsuri

PENYANYI lagu-lagu berunsurkan ketuhanan, Lah Ahmad, berkongsi rasa terujanya bertemu dengan waris keturunan Mahsuri, Rahimah Sanusi.

Lah menerusi Instagramnya memberitahu ketika berada di Phuket, Thailand, dia secara tidak sengaja telah singgah menjamu selera  di sebuah kedai makan Tomyam milik waris lagenda pulau Langkawi itu.

“Sewaktu di Phuket, kami singgah makan Tomyam di sebuah kedai. Tauke kedainya yang baik hati hantar makanan  sendiri ke meja.



“Bila ditanya, baru tahu rupanya dia adalah daripada keturunan Mahsuri yang kini menetap di Phuket Thailand,” tulis Lah pada gambarnya bersama Rahimah yang dimuat naik di Instagram.

Menurut bekas anggota kumpulan VE ini, Rahimah merupakan sepupu kepada Aishah iaitu waris Mahsuri yang pernah mendapat perhatian rakyat Malaysia ketika kunjungannya ke sini  suatu ketika dahulu.

“Dia kata darah dia warna merah. Mahsuri saja yang berdarah putih,” seloroh Lah.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.