‘Ko sakit hati dengan aku apahal bro’

PELAKON popular, Rita Rudaini berang dengan seorang pengikutnya yang dikenali sebagai @mr_shark_gtr_lover di laman Instagramnya (IG).

Ini kerana, pemilik akaun itu mempertikaikan cara kerjanya yang dikatakan kurang sesuai dengan usianya ketika mengacarakan program, CJ Wow Shop.

"Hari ini,  sis rasa terpanggil untuk reply DM...banyak gak DM tp satu DM ni sis rasa nak reply.. Orang macam ni sis memang tak paham...," tulisnya.

Pada masa sama, pelakon filem Balistik ini turut melahirkan rasa hairan dengan sikap pemilik akaun tersebut kerana mereka tidak pernah mengenali di antara satu sama lain.

"Aku tak kenal ko and ko tak pernah jumpa aku...tapi ko sakit hati sangat dengan aku apahal bro?," tulisnya.

Lantaran itu, pelakon berusia 41 tahun mengakui tidak berniat untuk bersikap kasar sebaliknya merasakan itu adalah cara terbaik untuk menyampaikannya.

"Aku tak ada niat nak cakap kasar dengan ko and perli rezeki ko tapi aku kena cakap jugak dgn orang macam ko ni...Orang macam ko ni tak sesuai cakap baik-baik...elok reply sama macam perangai ko...,

"Hmmmmm dah lama sis sabar je dengan manusia-manusia berhati busuk kt luar sana...," luahnya lagi.

Bukan itu sahaja, bintang filem Mami Jarum Junior ini juga hairan kerana ada yang mempertikaikan rezekinya.

"Tapi yang ni sis tak sukalah bila pertikai rezeki yang sis cari untuk anak-anak..so keji ke jadi pengacara bro?? Hina sgt ke pengacara? Salah ke aku tua??? Mak bapak ko tak tua?? Ko takkan tua?? Ko susah hati sgt kt keja aku apahal???!! .....

"Sori laaa sis benci and meluat dengan manusia-manusia macam ni....Sekarang ni ramai sangat manusia hati busuk..Ko makan apa ek sampai hati jadi hitam sangat nak dengki dengan hidup orang yang ko tak pernah kenal pon? Ko mentedarah apa ek sampai jadi mcm tu?

"Mak bapak ko mesti suap benda-benda yang baik-baik je dalam mulut ko masa kecik dulu..tapi bila besar tah apa ko mentedarah sampai jadi bangang mcm ni...mmmm istifar banyak-banyak sissss," katanya.

Bagaimanapun, katanya, tujuannya memaparkan di laman IG bukan bertujuan mengaibkan pemilik akaun itu sebaliknya memberi pengajaran kepada orang lain.

"@mr_shark_gtr_lover p minum racun rumput + clorox bersihkan hati yang hitam tu...aku tak kenal ko and ko pon tak kenal aku...Tak rugi jadi baik bro...Tak susah pon jadi baik bro...

"Aku tag ko sebab aku nak bagi pengajaran kat orang lain jugak..jangan busuk hati kat manusia lain....Rezeki ALLAH da bg elok dah kat masing-masing," katanya.

‘Ko sakit hati dengan aku apahal bro’ ‘Ko sakit hati dengan aku apahal bro’ Reviewed by Kakigosip on 05:18:00 Rating: 5
Powered by Blogger.