Berita Terkini
recent

King Coco seronok jadi ibu

KING Coco yang cukup popular sebelum ini sudah pun bersalin anak lelaki beberapa bulan yang lalu.

Ramai yang tak sabar nak lihat wajah anak lelaki Coco hasil perkongsian hidup bersama suaminya Captain Azrin.

Difahamkan, anak lelaki sulung pasangan ini telah dilahirkan awal November lalu di sebuah hospital swasta di ibu kota.


Bagaimanapun, wajah anaknya ditutup dengan 'sticker' emoji atas permintaan suami.

"Belum boleh paparkan wajah anak atas permintaan suami," katanya ringkas.

Kongsi Coco, dia rasa berbangga dan seronok bergelar ibu.

"Alhamdulillah, rasa gembira kerana apabila kita bangkit dari tidur, ada dua individu yang disayangi ada di sisi. Anak kami, Mateen sudah pun pandai senyum dan kadang-kadang bila tengok dia senyum dan ketawa pun sudah rasa happy. Penat semua hilang. Betullah orang kata, keletah anak akan hilangkan semua rasa penat.

"Saya sebenarnya seorang yang mementingkan kualiti tidur. Bagaimanapun, bila sudah ada anak, kualiti tidur itu agak 'terganggu'. Kalau sehari dapat tidur tiga atau empat jam pun sudah rasa bertuah. Apa pun, saya okay saja sebab bila mengantuk, tatap wajah anak rasa lega dan tak ada masalah.Ya, secara tidak langsung menjaganya boleh pupuk kita untuk jadi seorang yang lebih penyabar," akui Coco.

Coco juga sudah rancang masa depan anaknya meski usia Mateen belum cecah dua bulan.

“Kami sudah fikir soal pengajian anak dan syukur, suami pun banyak membantu menjaga Mateen. Biar dia sudah mempunyai anak sebelum ini, namun layanan terhadap Mateen tetap sama," akhiri Coco jujur.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.