Berita Terkini
recent

Kim Kardashian Berang Dituduh Berpesta Ketika Anak Sakit

BINTANG realiti TV, Kim Kardashian berang apabila dituduh berpesta pada malam menyambut tahun baharu 2018 ketika anaknya sedang sakit.

Kim menerusi laman Twitter menjelaskan dia berada di sisi anaknya Saint West sepanjang tiga hari berada di hospital.

"Saya sama sekali tidak meninggalkan anak saya walaupun seminit selama di hospital.

"Dia dimasukan ke hospital pada Rabu hingga Sabtu. Manakala sambutan tahun baru adalah pada Ahad dan dia sudah tidur ketika rakan-rakan datang ke rumah untuk meraikan tahun baru 2018," tulisnya.

Terdahulu, Kim mendedahkan kesihatan anaknya terjejas akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Bagaimanapun, keadaan kesihatan anaknya itu kembali pulih selepas mendapatkan rawatan kesihatan di hospital.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.