Khai Bahar Tidak Tertekan Pertahan Populariti

Penyanyi lagu Luluh, Khai Bahar tidak tertekan untuk mempertahankan populariti yang dikecapi tahun lalu.

Khai, 23, berkata, apa yang diterima sepanjang tahun lalu adalah rezeki yang sudah pun tertulis.

"Saya tidak tertekan kerana apa yang saya dapat hari ini sudah tertulis.

"Saya tiada apa-apa strategi atau cara mempertahankan apa yang saya ada, saya hanya jalani tahun ini seperti yang sudah ditetapkan," ujarnya.

Khai ditemui pada majlis sidang media Anugerah Juara Lagu ke32 (AJL32) yang diadakan di JW Marriot, baru-baru ini.

Sementara itu, ditanya tentang khabar angin dipujuk oleh penyanyi Siti Nordiana menceburi bidang lakonan, Khai berkata, dia tidak menolak jika menerima peluang tersebut.

Biarpun tidak mempunyai bakat, namun Khai berkata, dia berani untuk mencuba dan belajar tentang lakonan.

"Saya tidak tolak tawaran tapi ia bergantung kepada pihak pengurusan kerana jadual kerja saya diatur oleh pengurusan.

"Kalau boleh memang teringin juga untuk mencuba bakat dalam bidang itu, walaupun saya tahu tiada bakat tapi Insya-Allah boleh belajar," ujarnya.

Bercerita tentang perkembangan nyanyian, Khai berkata, dia kini sedang membuat persiapan untuk pertandingan AJL32 yang bakal berlangsung pada 11 Februari depan.

Single pertamanya berjudul Bayang bakal berentap dengan 11 buah lagu lain di AJL32 yang akan diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil.



Khai Bahar Tidak Tertekan Pertahan Populariti Khai Bahar Tidak Tertekan Pertahan Populariti  Reviewed by Kakigosip on 05:39:00 Rating: 5
Powered by Blogger.