Khai Bahar rai 500 peminat setia

DEMI menghargai peminat yang selama ini menyokong kerjaya seninya sejak awal penglibatan dalam nyanyian, Khai Bahar meraikan lebih 500 peminat terpilih menerusi satu majlis ramah mesra di Laman Kayangan, Shah Alam baru-baru ini.

Majlis yang bermula sekitar jam 1 petang itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian penyanyi yang kini popular menerusi lagu Luluh itu selain beberapa sesi permainan melibatkan jemputan.

Turut hadir meraikan momen istimewa itu ialah rakan selebriti, ahli keluarga Khai dan media.


“Program ramah mesra ini merupakan yang pertama seumpamanya. Terima kasih atas kerjasama seramai lebih 18 penaja, kelab peminat, pihak pengurusan dan keluarga, akhirnya majlis ini berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan. Memang sudah lama berniat adakan satu majlis eksklusif bersama peminat.

“Alhamdulillah, akhirnya dapat diteruskan dan ini antara cara untuk hargai dan balas jasa mereka yang tidak putus-putus menyokong saya. Insya-ALLAH, saya akan teruskan program seperti ini pada masa depan,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, penyanyi berasal dari Perlis ini juga sedang melakukan persiapan rapi sebagai persediaan bersaing di Anugerah Juara Lagu ke-32 (AJL32) Februari depan menerusi lagu Bayang.

Ditanya mengenai persiapan penyanyi ini, Khai cuba memberikan persembahan terbaik dengan menyuntik sedikit kelainan di dalam persembahannya di dalam anugerah muzik tahunan itu.

“Untuk AJL, saya tengah buat persiapan dan kami sudah pun berbincang mengenai kelainan yang akan dilakukan di atas pentas nanti. Berbeza daripada kebiasaannya. Kalau nak tahu, kena tunggu pada malam itu nanti,” kongsi Khai yang bakal muncul menerusi single duet bersama penyanyi baru, Fatin Husna tahun hadapan.
Khai Bahar rai 500 peminat setia Khai Bahar rai 500 peminat setia Reviewed by Kakigosip on 05:25:00 Rating: 5
Powered by Blogger.