Berita Terkini
recent

Khai Bahar malu insiden mikrofon terbalik

AKIBAT memegang mikrofon terbalik, penyanyi popular, Khai Bahar mengakui malu dengan insiden tersebut.

Tambahan pula, situasi itu merupakan yang pertama kali berlaku sepanjang selebriti berusia 23 tahun ini terbabit dalam persembahan secara langsung.

"Saya malu sangat (ketawa). Tapi, sebenarnya, saya memang tak perasan. Lagipun, sebelum itu, saya sibuk melambai-lambai tangan ke arah penonton.

"Tak sedar pula, rupanya saya pegang mikrofon itu terbalik (tertawa)," katanya pada Sinar Harian.

Situasi itu terjadi apabila pelantun lagu Bayang ini ingin memulakan nyanyian dalam program hiburan popular, Meletop yang bersiaran secara langsung pada 2 Januari lalu.

Penyanyi itu menjadi tetamu undangan bersama Haqiem Rusli dan Wany Hasrita pada program tersebut.

Biarpun malu, katanya, perasaan itu segera diatasi apabila pengacara, Nabil Ahmad secara spontan memeluknya.

"Kiranya, Nabil jadi penyelamat saya. Kalau dia tak datang, saya pun tak tahu nak buat apa.

"Agak cuak dan takut juga sampai saya terfikir peminat akan kecam. Yelah, sebab orang tak pernah buat kan," katanya lagi sambil tertawa.

Dalam perkembangan lain, Khai sedang sibuk mempromosikan lagu terbarunya, Luluh selain bakal mengeluarkan single duet terbaru bersama pendatang baru, Fatin Husna, bulan depan.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.