Kes Farid Mengamuk di Balai: "Beri Kami Ruang Selesaikan" - Diana

Aktres Datin Diana Danielle tidak mahu mengulas lanjut mengenai kes penahanan suaminya, Datuk Farid Kamil, yang kecoh diperkatakan ramai sejak petang tadi.

Memetik laporan Harian Metro, pelakon drama My Coffee Prince itu memohon diberikan ruang untuk dia menyelesaikan masalah yang mengaitkan suaminya itu.

"Beri kami ruang untuk menyelesaikan perkara ini dulu. Saya tidak akan beri sebarang komen buat masa sekarang. Terima Kasih,” kata Diana

Sementara itu, ibu kepada Diana, Norsiah Ramli berkata, dia juga tidak tahu menahu mengenai berita penahanan menantunya itu.

"Saya terkejut mengenai berita ini. Saya baru dapat tahu selepas dimaklumkan rakan media.

"Jadi saya tidak tahu dan tidak boleh nak komen lanjut. Ada baiknya hubungi keluarga Farid sendiri,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, laporan media tempata menyebut Farid Kamil ditahan selepas dipercayai menampar seorang anggota polis di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din dilaporkan suspek berusia 37 tahun itu menampar anggota polis yang bertugas di kaunter Balai Trafik Kota Damansara.
Kes Farid Mengamuk di Balai: "Beri Kami Ruang Selesaikan" - Diana Kes Farid Mengamuk di Balai: "Beri Kami Ruang Selesaikan" - Diana Reviewed by Kakigosip on 20:19:00 Rating: 5
Powered by Blogger.