Kes Farid Ada Hikmah Untuk Kita Semua - Yana Samsudin

Aktres yang juga adik ipar Datuk Farid Kamil Zahari, Yana Samsudin menganggap apa yang terjadi kepada abang iparnya itu dalam kejadian seminggu yang lalu memberi banyak pengajaran dan hikmah bukan saja untuk diri aktor tersebut, keluarga malah masyarakat.

Enggan mengulas lanjut ketika diminta berkongsi mengenai perkembangan terkini Farid, namun Yana berkata sebagai sebahagian daripada ahli keluarga dia memberi sokongan terutama kepada suaminya Fadzil Zahari yang turut tertekan tatkala menguruskan kes abangnya itu.

"Sebagai isteri tentulah saya memberi sokongan moral penuh kepada suami saya. Sebenarnya, orang yang terbabit (Farid) dia hanya di sana (di tahan reman) tetapi orang yang menguruskan hal ini yang sebenarnya yang paling penat.

"Sebenarnya sebelum kejadian hari Khamis lalu, saya dan suami sudah terlibat dalam hal ini. Saya tahu keadaan suami saya yang tidak cukup tidur. Jadi saya pastikan dia tidak terlalu penat.

"Perkara ini tidak pernah terjadi dalam hidup. Jadi sukar bagi kami untuk menghadapinya. Malah sikap Farid yang begitu membuatkan kami sendiri tertanya-tanya. Tetapi dalam masa sama kami berusaha mencari jalan penyelesaian. Walaupun begitu kami tidak menggangu urusan pihak polis," katanya ketika ditemui pada majlis tayangan program 2018 Media Prima, di hotel Majestic KL, semalam.

Dalam pada itu, Yana yakin apa yang yang dialami Farid membawa banyak hikmah dan mereka sekeluarga menerimanya sebagai dugaan.

"Farid sudah seperti abang saya sebelum dia jadi abang ipar. Kami saling mengenali kerana pernah berada dibawah satu pengurusan yang. Malah cerita cinta saya yang dulu pun dia banyak tahu. Dan saya percaya ada sesuatu yang kita tak tahu apa sebenarnya yang dia sedang alami. Jadi kita kena sembuhkan dia dahulu.

"Untuk seorang yang berusia 37 tahun, dan dia telah mendapat sesuatu dalam hidup, itu sebenarnya sangat bagus. Lagipun dalam al-Quran ada menyebut, kalau kita berubah jadi lebih baik di usia menjangkau 40 tahun maka dia akan terus menjadi lebih baik.

"Apa yang terjadi kepada Farid ada hikmah yang sangat bagus untuk kita semua," tuturnya sambil tersenyum.

Terdahulu laporan media, Farid didakwa di mahkamah atas empat pertuduhan jenayah namun telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 pada Selasa lalu.
Kes Farid Ada Hikmah Untuk Kita Semua - Yana Samsudin Kes Farid Ada Hikmah Untuk Kita Semua - Yana Samsudin Reviewed by Kakigosip on 14:58:00 Rating: 5
Powered by Blogger.