Kematian Pelakon Maskot Teletubbies Masih Misteri

Program kanak-kanak Teletubbies pernah menjadi program paling digemari anak-anak pada tahun 1998 hingga 2001 sekali gus mencetus fenomena.

Siri televisyen ini mengisahkan tentang kehidupan empat karakter fiksyen bernama Tinky Winky, Dipsi, Lala dan Po dengan gelagat masing-masing yang cukup menhgiburkan dan mencuit hati.

Pada 19 Januari lalu, penggemar siri ini menerima berita sedih ekoran kematian pelakon Simon Shelton Barnes yang menghidupkan karakter Tinky Winky.

Beliau menghembuskan nafas terakhir empat hari selepas meraikan ulang tahun kelahirannya yang yang ke-52.

Berita antarabangsa melaporkan, sehingga kini penyebab kematian Simon masih belum diketahui. Namun jiran Simon mengatakan mereka ada ternampak aktor terbaring di tepi jalan berhampiran dengan taman air pancut di Liverpool dan dipercayai meninggal dunia kerana kesejukan atau hipotermia.

Simon menghidupkan karakter Tinky Winky sebanyak 14 episod dari tahun 1998 hingga 2001. Dia diberi kepercayaan menggantikan aktor sebelumnya, Dave Thompson untuk memainkan peranan tersebut.

Pelakon yang tinggal di Ampthill, Bedfordshire ini dahulunya merupakan seorang penari balet dan koreografer sebelum akhirnya melakonkan watak ikonik tersebut.

Beliau meninggalkan seorang balu dan tiga orang cahaya mata.

Sementara itu, upacara penghormatan terakhir untuk Simon akan dilaksanakan pada 7 Februari. Para tetamu disarankan memakai warna terang untuk mengingat mendiang

"Teletubbies pertama kali ditayangkan di stesen televisyen BBC pada 31 Mac 1997.

"Acara ini kemudian dijual kepada banyak stesen televisyen di seluruh dunia dan mencetus fenomena. Malah jumlah keuntungan hasil jualan eksesori Teletubbies dikhabarkan mencecah lebih 1 juta pound secara global.
Kematian Pelakon Maskot Teletubbies Masih Misteri Kematian Pelakon Maskot Teletubbies Masih Misteri Reviewed by Kakigosip on 05:54:00 Rating: 5
Powered by Blogger.