Berita Terkini
recent

Kecoh keluarga 2 negeri bertemu

Adat dan budaya adalah identiti sesebuah masyarakat. Pastinya setiap masyarakat mempunyai adat resam serta gaya kehidupan yang mereka banggakan.

Namun bagaimanakah keadaan jika dua pasangan yang berasal dari negeri berbeza yang begitu kuat memegang tradisi masing-masing diikatkan dalam pertalian yang sah?

Noah (Nazrief Nazri) dan Safiya (Mia Ahmad), baru saja berpisah dengan pasangan masing-masing, membuat keputusan untuk berkahwin selepas berkenalan hanya dalam tempoh enam bulan.

Konflik mereka bermula apabila tiba masanya untuk bertemu dengan keluarga masing-masing yang mempunyai banyak perbezaan.


Dapatkah keluarga Noah yang berasal dari Negeri Sembilan bersatu dengan Safiya yang berasal dari Kelantan dan pastinya mengamalkan adat resam yang berbeza daripada mereka?

Saksikan kisah pasangan suami isteri ini yang sudah pun disiarkan dalam slot Iris bertajuk Bilo Nogori Jupo Kelate pada setiap Isnin hingga Khamis jam 6.30 petang di TV3.

Selain Nazrief dan Mia, drama ini turut dibintangi Hanna Aqeela, Tisha Shamsir, Didie Alias, Kuna dan Mat Over.

Diarahkan Amor Rizan, ia diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.