Berita Terkini
recent

Kanak-kanak 2 tahun mati kena hempap

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 2 tahun maut dihempap seorang lelaki yang cuba membunuh diri dengan terjun bangunan di apartment kediamannya lapor Metro.Co.Uk.

Paramedik Vitaly Reznikov mengesahkan insiden tersebut mengatakan pihaknya cuba memberikan bantuan kecemasan kepada kanak-kanak malang tersebut namun gagal.

 "Lelaki yang cuba membunuh diri itu jatuh di atas kanak-kanak itu dengan kuat sekali, kami cuba menghidupkan jantungnya tetapi gagal.

"Dia mati di dalam ambulans," katanya.

Lelaki yang menghempap kanak -kanak itu merupakan seorang buruh binaan yang dikenali sebagai Yevgeny, 39 tahun turut mati dalam insiden semasa menyambut Tahun Baru itu.

Saksi yang merupakan jiran tetangga di kawasan kejiranan tersebut menggambarkan situasi tersebut sangat menyayat hati.

"Saya terdengar bunyi jatuh yang kuat, kemudian ibu budak lelaki  itu keluar dan kelihatan paramedik cuba memberikan bantuan kecemasan.

"Saya kena tutup tingkat kerana jeritan ibunya sangat meyedihkan, tak sanggup dengar," kata jiran, Sergey Borisov.

Sementara itu, pihak polis masih menyiasat tragedi tersebut.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.