'Kahwin lagi, tak kot, saya dah tua': Enot

TAMPIL langsing dan anggun, Aliza Abdullah atau Enot mengakui tiada keinginan untuk menamatkan zaman jandanya. 

Ini kerana, katanya, tumpuan utamanya adalah untuk membesarkan dua anaknya, Andriana Balqis, 18, dan Ariana Qaseh Qistina, 12.



"Kahwin lagi? Entahlah, tak nak kot. Saya pun dah tua, dah 40 tahun. Kesian pula bakal suami itu nanti.

"Memang ramai yang cuba dekat (ketawa). Tapi, saya malas nak fikir, baik saya fokus soal hidup dan anak-anak.

"Melihat mereka membesar di depan mata pun dah buat saya cukup bahagia," katanya pada Sinar Harian.

Pun begitu, pelakon filem Kayangan ini bukanlah serik bercinta lagi sebaliknya menyerahkan semuanya kepada takdir ALLAH SWT.

"Saya percaya ajal, jodoh, pertemuan dan rezeki itu semuanya ketentuan Tuhan.

"Saya tak menolak jika ada jodoh pada masa akan datang tetapi jika tiada pun, saya OK," katanya.

Sebelum ini, Enot pernah berdepan dengan kegagalan dalam perkahwinan, pada 2007 dan 2013.
'Kahwin lagi, tak kot, saya dah tua': Enot 'Kahwin lagi, tak kot, saya dah tua': Enot Reviewed by Kakigosip on 06:22:00 Rating: 5
Powered by Blogger.