Berita Terkini
recent

Jurusolek ditemui mati dengan kesan darah di leher

Mayat seorang jurusolek ditemui dengan kesan darah di leher kiri dan kanan di rumahnya di Guchil Enam,kira-kira jam 10 pagi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai,Superintendan Abdullah Roning berkata, mayat Rudy  Alpian Zahari,37,ditemui terbaring di atas katil sebuah rumah yang didiami bersama rakannya.

"Kematian mangsa yang juga juru solek hanya disedari rakan serumahnya setelah majikannya datang untuk mengajaknya ke sebuah sekolah untuk membuat gubahan bunga.

"Apabila rakan serumah mengejutkannya,lelaki itu tidak bangun,lalu dia memeriksa nadi dan mendapati badannya telah sejuk," katanya.

Abdullah berkata, rakannya kemudiannya memanggil majikan mangsa untuk memeriksa nadinya sekali lagi.

“Sementara itu, temubual dengan majikannya mendapati  mangsa  mengambil sejenis produk kecantikan dalam bentuk kapsul untuk melangsingkan badan sebagai persiapan  menyertai  pertandingan ratu cantik di Thailand pada bulan Februari depan.

"Mangsa juga dipercayai telah makan pil tersebut sebanyak 7 botol dan  hanya makan nasi  seminggu sekali serta seringkali mengadu penat dan sakit di bahagian dada sejak mengamalkan produk jamu berkenaan," katanya.

Abdullah berkata, hasil pemeriksaan dalam bilik mendapati terdapat kesan darah pada bantal di bawah kepala mangsa.

"Bilik tersebut dalam keadaan kemas tanpa sebarang  kesan geledah,telefon bimbit  serta beg tangan berada bersama mangsa.

"Hasil pemeriksaan  di bilik juga tidak menjumpai tali atau senjata ,polis bertindak merampas bantal dengan kesan darah serta telah di rampas dan di bawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai untuk siasatan lanjut," katanya.

Beliau berkata, sehingga kini polis tidak menemui sebarang  unsur jenayah berhubung kematian mangsa,

"Bagaimanapun, kita menunggu keputusan bedah siasat ke atas  mayat mangsa yang  telah di hantar ke Hospital Kuala Krai," katanya.

www.kakigosip.com tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami

Powered by Blogger.