Joy Respon Gosip Sudah Ada Pengganti Hafiz Hamidun

Pengasas Kosmetik, Joy Revfa mengakui dia kini menjalani kehidupan yang bahagia namun menyangkal gosip kononnya sudah bertemu pengganti baru selepas bercerai dengan penyanyi Hafiz Hamidun pada Oktober tahun lalu.



Memetik laporan mStar online, wanita berusia 30 tahun ini berkata dia belum lagi memikirkan soal bercinta atau berkahwin dan hanya ingin memberi tumpuan pada anaknya, Arryan Firdaus yang kini berusia tiga tahun.

"Alhamdulillah, kehidupan saya semakin bahagia. Tapi soal nak bercinta atau berkahwin lagi itu saya belum fikirkan lagi.

"Saya belum ada pengganti dan gosip yang mengatakan saya sudah ada pengganti itu pun tidak benar.

Dalam pada itu Joy berkata dia tidak menyangka fotonya bersama pengacara Nadia Anuar dan jutawan Datuk Aliff Syukri sewaktu sesi fotografi menerima kecaman netizen gara-gara dia meletakkan tangan di atas bahu Aliff Syukri.

Foto berkenaan menerima komen negatif netizen sehingga ada yang mengatakan dia sebagai wanita yang berakhlak dengan mudah menyentuh bukan mahram.

Malah, ada segelintir netizen berpendapat bahawa bersentuhan dengan lelaki atau perempuan ajnabi dengan sengaja walaupun berlapik dan dengan niat untuk menyentuh hukumnya tetap haram.

..

Jelas Joy, tindakannya meletakkan tangan di bahu penyanyi lagu Abang Nak Tegur itu dengan berlapik dan hanya untuk beberapa saat sahaja. Dia diarahkan untuk menyentuh bahu Aliff Syukri sewaktu sesi fotografi bagi keluaran produk tudung terbaru kerjasama antara mereka

"Sewaktu sesi fotografi memang kami diarahkan untuk menyentuh bahu Datuk Aliff Syukri tapi ia berlapik dan hanya bersentuhan beberapa saat sahaja untuk kami jalani di sebalik tabir fotografi itu.

"Tapi tak sangka mendapat kecaman daripada netizen sehingga perkara itu menjadi satu isu perbalahan antara mereka," kata Joy.

Foto berkenaan menerima komen negatif netizen sehingga ada yang mengatakan dia sebagai wanita yang berakhlak dengan mudah menyentuh bukan mahram.

Malah, ada segelintir netizen berpendapat bahawa bersentuhan dengan lelaki atau perempuan ajnabi dengan sengaja walaupun berlapik dan dengan niat untuk menyentuh hukumnya tetap haram.
Joy Respon Gosip Sudah Ada Pengganti Hafiz Hamidun Joy Respon Gosip Sudah Ada Pengganti Hafiz Hamidun Reviewed by Kakigosip on 01:42:00 Rating: 5
Powered by Blogger.